Thursday, July 23, 2009

Dari Kak Naimah Untuk Atiqah

Buat tatapan dan renungan akhwatku Atiqah
Muslimat yang lain pon di harap merenung bersama-sama Atiqah...


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya
yang zikirnya menjadi penawar dirinya
tak gentar diacah mehnah duniawi kerna rindukan wangian surgai
dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati..

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahramu.

ATIQAH YANG DIKASIHI.....

Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu di hadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardiah

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang, bercahaya dunia dangan hiasan muslimah solehah sepertimu..

ATIQAH YANG DIKASIHI......

Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca.Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith menjadi sumber rujukanmu.

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah pada mu kerna engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu.....

Moge pesanan dari kak Naimah kepada Atiqah menjadi ingatan untuk melayari hidup...semoge nasihat ini diambil oleh semua insan yang bernama ATIQAH dan muslimat sekelian...amin...


Tuesday, July 21, 2009

JanGan Kau Rugi Sekarang

"Ingat lima perkara sebelum lima perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati"

Berdasarkan pengalaman selama satu tahun di u
lapang sebelum sempit
amat perlu dititik beratkan
tidak kira apa pun
belajar, assignment, exam, dan sebagainye
bila menyebut tentang lapang
amat lah berkait dengan masa
sebagai student di u terlalu banyak perkara yang perlu di kejar
untuk dunia mahupun akhirat
perancangan untuk sem 3 bukanlah boleh dibuat ketika cuti akhir sem 2
tp sebelum kita masuk u lagi
kalau boleh la...
Sedih rasanye jika terpaksa meninggalkan satu program untuk menyertai program lain..tapi apa kan daya kita hanya manusia lemah
Usaha kita perlu dilipat gandakan untuk memenuhi keperluaan kita di dunia n akhirat...
Jangan biarkan dunia kita pegang dan akhirat kita lepaskan
Jika diri kita terasa kurang dari segi ilmu ugama
carilah ilmu...jangan biarkan diri kita terbiar begitu sahaja
Dan jika kita terpilih untuk menghadiri majlis ilmu itu..
bersungguh dan istiqamahkan lah...
kerna mungkin hanya masa yang sedikit yang diberikan oleh Allah
kepada kita akan ditarik balik..
MUngkin selepas ini kita bukan orang yang TERPILIH untuk
menuju ke majlis yang memberi makanan rohani
menambah iman mengubat hati yang luka kerna lalai nya diri kita
Kerna jauhnya kita dr Pencipta.
maka kita adalah orang yang rugi

Sesungguhnya hidayah Allah itu MAHAL harganya
Masa yang diberikanNya tidak boleh dijual beli
kita manusia perlu menghargainya..
memenuhi masa dengan mengingatiNYA



Tuesday, July 7, 2009

Salam Cabaran((((^_^))))

Sem baru dah bermula
semue menjadi baru
azam, tekad ,usaha, dan lain2 termasuk bilik kat hostel nie

Ade orang pesan kat saya
Kat mana2 ade cabaran
Semakin lama kita hidup
Semakin besar cabaran
Klu kita gagal untuk menangani cabaran sekarang
macam mana kita nak pergi masa hadapan dengan baik
Dan sudah pasti semue orang dah tahu akan ini..

Oleh itu saya beazam dan bertekat, InsyaAllah..
Akan diperteguhkan iman, amal, ilmu, ihsan dan segala ape yang rapuh

Saya dah nampak cabaran yang saye perlu lalui dalam sem nie..
Iaitu perbezaan yg amat ketara antara saya dan rakan sebilik saya
Moge saye tidak patah semangat untuk membina untaian ukhwah antara kami..

****Moge ukhwah yang kami bina ***
****Dan biarlah seperti untaian tasbih***
****Ada awal, Tiada penghujungnya***
****Dicippta untuk mengingatiNya***
****Dibahagi untuk cintaNya***
****Diratib demi redhaNya***

Dan salam ukhwah untuk sahabat sekelian
Moge dapat menghadapi cabaran dengan baik
bersama redha Allah