Sunday, December 19, 2010

sebelum bye2

Tahun 2010 mahu cakap bye2

at_ikah_ah ade misi2 bukan menyelamat sebelum 2010 kate bye2

1.Mahu dapatkan 2 barang yang dicari2 selama ini..<--da dapat bru bg tau apakah ia..jeng2

2. Mahu menukar enjin labtop dari kuasa siput ke kuasa rimau..<--masa loading akan dikurangkan

3.Surat cinta untuk papa adam..eh bukan surat tapi buku cinta.<---misi paling pening..=(

4.Menjadi dewasa selepas 24/12/2010<--at_ikah_ah masih x sedar diri walau kubur kata mari umah kate pergi..(Owh ngeri..)

5. fyp tak nak cite<---merajuk dengan bakteria2 tu sebab x produce lipase walau dpt depa dengar lagu 'baik2 sayang'

6. Kenduri kesyukuran utk fathul 24/12/2010<--merengek-rengek mintak mak buat untuk at_ikah_ah sekali..

7. misi2 yg bertaraf sulit dan persendirian

Motif untuk menulis misi yang x penting untuk orang lain

1. untuk update blog

2.nak tengok bleh x at_ikah_ah nie menyempurnakan misi2nya selepas 2010 kate bye2

3.nak tengok gak apa yang dah at_ikah_ah buat dan akan buat selama 1 tahun di alam 2010

4. dah baca tlg la doakan misi2 at_ikah_ah nie berjaya

Sunday, December 12, 2010

lagu kecik-kecik

"apabila jasmani..
memerlukan makanan..
maka rohani pun..
perlukan bimbingan.."

teringat lagu ni..selalu dengar masa kecik-kecik dulu..
mempunyai maksud mendalam dan mendamaikan

apa yang menyebabkan lagu ini menyanyi di fikiran apabila jasmani ini tidak menjamah nasi selama 2 hari..yang dijamah hanyalah fast food dan sumber2 glukosa yang mudah dimakan..
ini akibat terlalu asyik menyiapkan fyp mungkin+ food court berhampiran tutup+ malas yang melampau untuk keluar merempit membeli makanan+ lesen dan ic tertinggal kat rumah, jadi pergerakan sedikit dibataskan..PATI sementara..

Tapi kebuntuan tidak menjamah nasi selama 2 hari diungkai dengan merajinkan diri untuk masak nasi dan goreng telur+ikan bilis..wonderful dinner i think..just like at my home..simple and tasty..nasib baik asal dari ceruk kampung..jadi selera tak la besar menggunung tinggi..apa-apa yang pun boleh makan..janji halal..(Bila dah dapat makan nasi terus bersemagat)

akibat nasi tidak masuk perut selama 2 hari..(anak bapak, tak boleh kalau x makan nasi)
badan jadi kurang bermaya dan emosi tidak sihat seperti selalu..
maklumlah hidup selalu senang..makan cukup tiap hari..tapi bila dah sumber makanan berkurang macam tak dapat makan berbulan-bulan walau cuma 2 hari je..
kesian dekat orang yang memang sumber untuk jasmaninya sentiasa tidak mencukupi, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..Alhamdulillah walau pun tak makan nasi 2 hari tapi rezeki selain nasi tetap ada..kalau kita merasa kurang dengan apa yang kita ada tengoklah orang yang lebih kurang dari kita.untuk melatih kita bersyukur..tapi dalam bab ibadah jangan dipraktikkan..

Bab jasmani yang kurang makan boleh lagi tidak diambil peduli..
Tapi bila rohani dah merengek-rengek mintak santapan perlu, mesti, wajib, diambil peduli..
Bimbing rohani kita dengan
1. jaga solat 5 waktu
2.baca novel tapi al-quran jangan tinggal
3.beribu-ribu lirik lagu ko nyayi tapi bermilion-milion zikir kamu dendangkan
4.alang2 x dapat makan nasi baik puasa sunat terus
5.kalau dah terlebih kaya sedekah2 lah kat orang yang jasmaninya tak dapat makan
6.tanya dekat orang yg soleh/solehan..

Tuesday, December 7, 2010

cerita ibu-ibu


Salam Maal Hijrah..
Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya
dan amalan kita yang tahun lepas tu diterima
Nak mintak maaf kalau salah dan silap kepada semua2
0-0 yer..bukak buku baru...

27/11/2010 yang lalu
saya naik pangkat serta merta..alhamdulillah..
tak sangka..ingat dapat naik pangkat dalam bulan 12 tapi terawal pulak..
hehe..welcome..welcome..to my 1st nephew..
Tadaaaa..comel kan..
Disebabkan baby nie saya dapat pangkat mak cik.
Nama baby ni Muhammad Fathul Afiq bin Muhammad Faizal Fahmi
panjang kan...nanti penat anak sedara saya nie nak tulis nama dia...

Lepas ummi Fathul melahirkan dia
saya jaga sekejab ummi dia kat hospital serdang..
sempat jugak sembang dengan mak cik2 dan bakal2 ibu kat situ pasal bab2 bersalin dan baby
muka wat selamba bajet faham..nasib baik belajar biology sebelum ni..klu x..hang di situ

kat katil sebelah ummi dia ada seorang bakal ibu.
yang sakit dari pagi sampai petang tapi baby tak keluar2 lagi..
Mak kepada bakal ibu tu cakap, bakal ibu nie da keluar darah tapi bukaan rahim tak sampai 5cm pun..kembar darah katanya..sakit punya level tak payah cerita...

Ada seorang lagi bakal ibu depan katil ummi fathul ni
Asyik menangis jer..sebab ada contraction dari pagi sampai kemalam.. tapi bukaan baru 2cm...pergghh mesti sakit..huhu..macam mana la mak2 kita time nak melahirkan kita..menanggung sakit yang tak terhingga..saya sayang mak saya...

Thumbs up jugak kat bakal ayah kat situ..sanggup temankan wife dia dan tunggu kat luar labor room tu lama2...memang lama...saya sempat masuk lab wat fyp ...
Yang paling best tengok muka ayah2 kat situ yang berseri2 lagi teruja bila baby dan wife dia selamat..termasuk abang saya..

*moge baby fathul membesar dengan baik, sihat..menjadi muhammad fathul afiq yang soleh, bijak, cemerlang dunia akhirat

Friday, November 19, 2010

Monolog dalaman

A: tok..tok..Assalamualaikum

B: Waalaikumsalam

A:Awak sihat hari ini..

B:Macam tak berapa nak sihat

A:Kenapa..? Dah makan..

B:Dah..tapi mungkin makanan tu x cukup berkhasiat

A:Kenapa pula x cukup berkhasiat...?

B: Mungkin cara penyediaan tak cukup bagus, masak pon cincai..asal ada rasa dan boleh makan ..oklah tu..

A: Owh begitu..Dah makan ubat.?

B: Dah..tapi makan ubat pun x ikut peraturan..kalau makan antibiotik kene habiskan..nie x..rasa macam dah baik sikit..stop makan..

A: Janganlah macam tu..konsisten makan ubat tu..makanan tu pon kene jaga..jangan sambil lewa je..kan dah jadi macam ini..Ubat dah disediakan dan makanan yang elok2 dah tersedia. ambik dan amalkan dengan bersungguh dan istiqamah yer...

B:InsyaAllah..selalu ingatkan saya yer..

Wednesday, November 10, 2010

mane tajuk untuk entri kali ini..

Esok saya ada peperiksaan akhir semester 1 2010/2011
MTH3003-statistik
MyEm0.Com

yang kira-kira banyak-banyak nombor tu...
yang formula bersepah-sepah
yang guna kalkulator saintifik jadi..dah memang tak boleh congak dah...
setelah sekian lama meninggalkan bidang kira-kira
terkial-kial rasanya nak menjawab soalan tu..

MyEm0.Com

Untuk memotivasikan diri
saya teringat zaman muda-muda dulu..zaman tadika dulu
saya dapat 100% dalam ujian ilmu hisab
dan masa sekolah rendah dulu, ada gred 'A' untuk ujian ilmu hisab ni dalam buku rekodku.
so insyaAllah..tak mustahil saya dapat 100% dalam ilmu kira-kira ni.
asal ada usaha, insyaAllah ada sinar 100% tu..
MyEm0.Com

tinggi cita-cita..
MyEm0.Com


Doa dan harapan saya
moga mak ayah saya sihat dan sentiasa dalam rahmatNya di rumah
begitu juga setiap ahli keluarga saya
dan semua umat Nabi Muhammad SAW

Dan moga esok saya dan semua rakan-rakan saya yang mengambil ilmu kira-kira ni
boleh menjawab dengan tepat dan betul dalam masa yang diberikan.
Moga kejayaan sentiasa bersama kami semua..

MyEm0.Com

Tuesday, October 12, 2010

(-_-)

Di mana dia
Selalu mengejutkan ku setiap pagi..
pagi ini sunyi tanpa jeritannya
Hati ku luluh sedih
Meratapi kehilangannya..

Sesungguhnya tiada apa buat ku
Semua yang kumiliki adalah pinjaman..
Terima kasih ya Allah kerana meminjamkannya kepada ku..
Engkau mengambilnya mungkin itu terbaik untukku
Mengingatkatkan aku bahawa aku hanya hamba
Lemah tak berdaya

Wednesday, October 6, 2010

Daun itu memujukku

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”.(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Gelisah, tension, serabut, runsing, kucar kacir..
Nak jadi tenang ??
Alllah ada bagi ubatnya
UBATNYA = selalu mengingati Allah, zikir, doa, qiam dll

Mendapat title student final year..
Bukan satu yang mudah..
Hati gundah, banyak kerja, tension dll
Diri ini pun termasuk juga..
Diri bagai lost..
Memujuk diri sendiri dengan hijaunya daun, indahnya bunga, langit yang luas, udara yang nyaman, rezeki yang halal, pengaduan yang panjang...

Satu perkara ditunjukkan kepada ku oleh Allah
Saat aku ketawa, ada orang yang hanya mampu tersenyun
Saat aku tersenyum, ada yang menangis,
Saat aku menangis ada orang yang lebih derita

Sunday, September 26, 2010

sesi suai kenal

Sesi ini di adakan biasa je..
Mintak kebenaran abg nak keluar ngan bf bru..
Abg bagi tp dekat2 jerk...
1st date -berjalan lancar

2nd date- at the beginning sume okey..aku mula serasi dan menyukai dia
tp tiba2 satu perkara yang aku x duga berlaku antara aku dan dia
mungkin salah aku juga lupa yang dia mmg begitu
walau pun sakit untuk terima, mak berpesan kepada ku..
"x pe mula2 mmg mcm tu...nanti lama2 biasa la"
Dalam hati aku berkata " dia dah menjadi sebahagian hidupku so aku terima segala kelemahan dan kelebihan dia, InsyaAllah dipermudahkan.

3rd date- haha...aku buat perkara yang memalukan dihadapn dia..tp bukan sengaja..x pe kot.
di pertengahan date- baru aku tahu- aku perlu begitu dengan dia..sweeeet sgt.

4th date- aku berhujan dengan dia..

5th date- dia tolong aku dan kakak aku

hope date2 yg seterusnya berjalan seperti biasa

Moral yang aku dapat

1-Bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat
Semua yang kita dapat telah ditentukan oleh Allah kpd kita
Kita harus percaya yang setiap ketentuan Allah ialah yang terbaik untuk kita

2-kenapa kita harus banyak berkorban untuk menyesuikan diri untuk dia? sebabnya aku dan dia ditakdirkan bersama..x pertu tanya apa yang dia korbankan untuk kita, tp apa yang kita korbankan untuk dia

p/s-elakkan date yg memusnahkan iman, diri, org ln dll..

Wednesday, September 22, 2010

bf baru

Saya ada bf baru
berdebar hati saya bila bf tu mak dan apak yang pilih untuk bantu saya dan temankan saya
Saya tanya abang saya macam mane bf baru saya tu
Terkejut saya mendengar penerangan abang saya tentang bf baru saya tu,,
Dalam hati terdetik, boleh dia ke saya dengan bf tu..?

Hari ini saya jumpa bf baru saya
Em..not bad..tp saya agak kekok
Saya rasa malu sebab saya tak seayu untuk digandingkan dengan dia..
Tapi saya redha dengan keputusan mak n apak.
Saya tahu mak n apak tahu apa yang terbaik untuk saya..
Saya akan cuba menyesuaikan diri dengan dia..
Saya akan jaga dia n harap dia pun akan jaga saya

Moga kami bahagia bersama =P


Monday, August 23, 2010

Allah please forgive me..

today...

my hp could not make phone call, receive a call and send sms...
let my bro waiting for me for a long time..
let my sis buke pose alone..
my laptop suddenly shut down

got very bad thing...
maybe have a lot of sins
Ya Allah please forgive me..

Sunday, August 15, 2010

mamee, santapan, hidangan

Hari in 5 Ramadhan 1431H. Selamat berpuasa saya ucapkan kepada muslimin muslimat sekelian..

Hari baik bulan baik ini cuaca amat damai campur angin2 sepoi2 bahasa. begitulah salah satu rahmat Allah pada bulan Ramdahan yang mulia ini..Ujian berat aku lalui hari ini..esok akan diadakan test untuk teknik lanjutan...ujian yang aku maksud kan ialah ngantuk yang menerjah diri..lalala...bace buku la wei esok nak test..soklan yang dijangkakan akan gempak dan meletup bakal dihadapi..(lebih meletup dr mamee slurrp..) tapi dengan kemajuan teknologi sekarang perasan mengantuk atau hobi tidur itu boleh dibuang merata-rata tatkala internet laju bagai komuter..(x le nk wat perbandingan lebih2, sbb kadang2 internet nie out jugak) facebook, blog, youtube menjadi santapan pelajar yang ngantuk tatkala study..huhu (aku pon x terlepas)...memang ujian berat..kalau ditinggalkan meja study tempat yang dituju ialah katil tempat beradu...untuk menggalakkan tido yg berlebihan (makhruh tido lama2 time pose) internet menjadi hidangan...



dah tak nak merapu =P

p/s Moga berjaya semua student yg ambik btk4203...mari terus makan nota2 itu..(tp jgn lupe nie bulan pose)..Mari mulakan dengan bismillah
p/ss: ketidak batasan ruang legar internet haruslah digunakan sebaiknya..jgn biarkan ia merosakkan kita..pilihlah layar2 yang mendidik jiwa..selamat belayar

wasalam

Friday, April 16, 2010

cantik itu cantik

hari yang penat
walau x buat pekerjaan yg berat pon..mgkin sebab kesukaran bernafas ekoran hidung yang tersumbat...jantung pon dah mcm tak cukup oksigen....kesian jantung saya kene kerja lebih cikit..

Dua tiga hari dah berlalu..hati macam runsingkan sesuatu..
ada perkara yang membuat saya berfikir panjang dan tersedar dari lamunan panjang
perkara itu lahir dari dari sebuah mimpi ...mimpi yang mungkin boleh dikatakan manis tetapi
amat menakutkan...itu yang membuatkan fikiran ini memikir dan memikir..
Perubahan harus dilakukan....dan sesuatu harus dinyatakan dan ditetapkan..??

Sebut tentang perubahan...
Mari kita berubah kepada yang lebih baik, lebih cantik dan lebih positif
Sabda Nabi:
"Allah itu cantik, dan Allah sukakan benda yang cantik"

Mari kita berubah kepda yang cantik2..
cantik akhlak
cantik iman
cantik result exam
cantik tem tinggal
cantik pakaian (kemas)..dll

tinggal satu tahun lagi untuk menamatkan ijazah sarjana muda ini...
Takut untuk menghadapi masa depan.huhu..nak sambung master or kerja..maungkin diri ini prefer untuk bekerja dulu....hehe...tapi ada hasrat untuk meneruskan master...
Jadi....bermula hari ini susun misi dan visi semula agar lebih mudah percaturan dimasa hadapan...
Pimpinlah diri sendiri untuk berjaya..kerna setiap insan dilahirkan untuk menjadi pemimpin

Saturday, April 3, 2010

motivasi vs motibasi

tiong2..tiong2...(@_@)..huhuhu..penin...nak siapkan byk kerje...
aduh...tp ade mase lak nak ber fb...n ber blog...

kerja yang banyak bersama aku diseriuskan lg dengan final yang makin dekat..
apakah perkara atau cara yg paling effective untuk study pada waktu begini..

tips dari pada diri sendiri...
1. dapatkan tidur yg cukup

2. makan makanan seimbang, berkhasiat, dan teratur..

3.elakkan stress..boleh lah g tgok movie r ape2 saje..tp yang paling efective kembali kepadaNya (mode alim)

4.study grup...sudah dirancang untuk membuat study group..hope berjaya...

5. wat nota kaki...(tp jgn la conteng kaki anda walau ia berguna untuk final..jgn dibuat ketika fina)

6.motivasikan diri...lihat kegagalan lampau.jdkn kegagalan pembakar semangat untuk berjaya.tp jika kegagalan itu memotibasi kan diri lihat kejayaan org ln..klu tgok kejayaan sendiri kita kan sentiasa berada dalam mode selamat

7. stat belajar dr sekarang..tu tips paling akhir..sbb sudah tertulis stat blaja dr sekarang so..x leh tangguh lg..lepas post terus belajar...tp still bleh berfb lg..hehe
mari berjihad melwn kemalasan

Selamat beramal..semoga berjaya dalam final exam...nak hasil yang best, wat la the best...

Monday, March 22, 2010

persinggahan di otak ku lahir ke blog

Dah lama tak mngadap blog nie,,,
dan ayat yg paling suke ditulis oleh kawan2 bloger saye ble dah lame x update blog...
"dah bersawang2 blog aku nie"....
tapi diri nie x dapat melihat sawang2 muncul di blog sendiri maknanya blok ku bersih...
kerna aku seorang pembersih.hehehe

sabtu lepas di adakan majlis kenduri walimah abang sulung ku..
haha..meriah...biasa lah dah style org kg kenduri...wat gotong royong...mcm pasar kat umah aku...best2....tp aku merasa sedikit sibuk...menghandle majlis tu...org2 kampung akan refer kepada tuan rumah klu ade ape2....tetiba aku terasa kan best klu adik beradik aku ramai...tp dah rezeki Allah bg 5 orang jer...Alhamdulillah...tp tyme tu tinggal 3...sebab 1 jd pengantin...n lg 1 x balik lg...kelas kate yer...tetiba aku terfikir best gak ade ramai anak...hahaha...

......

stelah mendapat msj dr seorang sahabat mengatakan dirinya ingin pergi ke suatu tempat...meminta dri yang hina ini mendoakannya...Wahai semua sahabat2 ku...Moge kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah dan setiap langkah dan perbuatan mu dalam RahmatNya..

.....

ada perkara yang membuat aku tersenyum sentiasa...aku kuatir diri ini gile...kpd kwn2 yg melihat aku tersenyum sendiri hiraukan saja...

.....

Sebelum menekan butang "publish post" aku membaca kembali apa yang terkandung dalam penulisanku kali ini. Aku dapati pelbagai kesalahan bahasa di dalamnya. Maka di akhir perenggan ini, aku cuba untuk menggunakan Bahasa Melayu dangan betul dan terarur. Sekiranya cikgu Bahasa Melayuku membaca perenggan terakhir ini maka akan berbanggalah beliau kerana anak muridnya berusaha untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.


~Cintailah Bahasa Kita~

Sunday, January 24, 2010

Perubahan Yang Samar, Padah Yang Jelas

Sejak akhir-akhir ini ayat tersebut berjalan2 di kepala otak
Tak tahu mengapa
mungkin sudah dapat melihat padahnya
apabila perubahan yang tidak jelas dilakukan

Disoroti kembali diri ini
memang ade yang tak kene
Tapi mana silapnya
maka diteliti, dikaji dan diexplore diri ini lagi
memang aku dah berubah
Perubahan yang tidak begitu ketara
Tapi hasilnya
sangat JELAS

Aku amat berharap segala perubahan itu menuju ke arah kebaikan..

Semester baru di UPM
begitu semangat aku
ingin bangkit setelah jatuh
tapi aku tak seperti dulu
Mungkin aku perlu lepaskan sesuatu
Sesuatu yang tak perlu
Untuk menjalani hidup dengan perubahan yang baru..

Walau aku tak pasti..
InsyaAllah langkah ku bersama cahaya Illahi
Walau kabur dengan duniawi
Takut dengan realiti
Hidup aku harus tempuhi

Ada satu perkara yang membuatkan aku semakin takut
tetapi seorang sahabat berpesan kepada ku
Allah tidak akan memberi sesuatu kepada hambaNya jika hambaNya tidak mampu
Semoga aku dapat melalui nya dengan sabar...

Ya Allah berilah kesejahteraan dan rahmatMU kepada ku, kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, rakan2 serta semua meraka disekelilingku...Ya ALLAH berilah kesejahteraan dan hidayahMU kepada umat Muhammad SAW

Monday, January 4, 2010

jalan2

3 Januari 2010..merajinkan diri untuk ke Mines.**atas sebab2 yang munasabah bukan untuk merayap n membuang masa semata-mata**..sesudah tamat bengkel aplikasi grafik yang lambat sagt habis**nasib baik makanan disediakan hehe**Kami menunggu bas yang mcam x nak datang..nak dipendekkan cerita aku n hajar decide nak naik teksi je..dah namanya student sume nak murah dan senang..Dengan x malunya tetiba kami bertanya 2 orang gadis.."wak..awak nak g mines yer??..nak naik teksi yer..bleh share x??" bleh2..hehe..jimat rm2.50..bagus betol..apabila rm10 dibahagi kpd 4 bukan 2..


ha permulaan yang bagus...tapi di sebuah kedai buku.. aku da mula pening dan otak sedikit jem.... tengah dok belek2 n tgok buku yang dihidangkan kepada pembeli tetiba datang 2 pasang couple of the year..aduh,,,awat lak depa buat kat sini...tergamam aku seketika tapi x sampai..muda mudi berpelukkan erat di depan ku...si perempuan bertudung litup..aduh2 ape nak jadi memalukan jer...aku tercegat lama di situ melihat pasangan nie dok pelok2..rase nak sepak2..isk3...kesian mereka...hajar cepat2 menarik aku blah dari situ kerana aku dah jadi patung dek terkejut...so kami pon blah...jalan2 lg..nampak lg couple dok jalan pelok2 aduh..banyak dosa aku hari nie...

wahai diri dan rakan2
ssekelian janganlah kamu mendekati zina..
wahai wanita jaga lah maruah mu
jangan kau menjadi pelemah kepada lelaki..

Esok hari lahir ke-6 untuk sepupuku
Muhammad Iman Aiman bin Mohd Noh
Moge menjadi anak yang soleh dan berani
semoga dicucuri rahmat keatas seluruh keluarganya
::HEPI BESDAY GOOD BOY::

Wahai diri ini g la tido...zzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, January 1, 2010

bye2 bulan 12..I will miss u

bagusnya hari ini cuti...walaupon setiap hari jumaat adalah cuti bagi aku...seminggu yang memenatkan..dan hari ini adalah hari untuk balas dendam atas segala kepenatan yang dihadapi..ln kali aku x nak wat mcm nie lg..mcm masuk explorace.nak tercabut kaki ....ditambah pula dengan kepeningan modul yang arus dipilih...

hari ini da msuk bulan baru. bulan 12 yang penuh tragedi ditinggalkan..bulan 12 lah paling aku suka...cuti2 dan cuti..menjejakkan kaki di Langkawi, Terengganu n Kelantan..best3..


Pesawat di LIMA Langkawi, tp style lame nie..x pandai nak bwk..hehe


bulan 12 jugaklah aku dilahirkan oleh seorang bidadari or aku panggil mak pada 24 Dis 1989. Makna nya umur ku sudah 20 thn.ish da tua ...da mangkin dekat dengan mati rupanya... tq yg wish n bg present..dan x lupe juge yang menyusahkan aku..

1 Muharam 1431H (18.12.2009)pon jatuh pada bulan 12 thn ni...moge amalan aku yang x seberapa tu diterima oleh Allah..Time tu jugak Mlaysia menang pingat emas dlm bola sepak.Tapi x sempat menontot...sebab aku x tgok la menag. klu aku tengok sah kalah..hahaha..

27 DIs 2009 permulaan sem baru...bermula lah explorace yang gila penat tu...Hajar pon join skali explorace tu..Hajar don't give up.. pastu sume student seangkatan dgn aku dipeningkan dgn pemilihan modul.....wei pilih betol2 tp mak aku cakap x pe ambik je mane2 yang pentng buat yang terbaik...ambik yg byk peluang pekerjaan pon klu result teruk x gune gak..Atiqah tolong lah ingat pesan mak ko tu yer...

Di awal 2 thn bru Hij, awl umo 20 thn nie n permulaan sem baru nie dan bulan baru aku pohon la seribu kemaafan kepada semue...byk dosa2 aku kat korang kot..klu senag bleh la blanja mkn..

Ape2 pon semoge segala yang kita buat semata2 kerana Allah...macam janji yang selalu kita sebut dalam doa iftitah tu...