Tuesday, December 15, 2009

madah yang tersembunyi

walau beribu kata yg tersirat dan tersurat

tapi masih belum berupaya untuk diterjemahkan

lain masa dan ketika
dengan izin Nya
Moga dipermudah kan untuk mengupdatekan blog ini
Amin..

Friday, November 13, 2009

The true FiNaL

ALhamdulillah..
Today last paper
Enzyme Technology
Good Luck to all my friends
Do the best



Ya Allah kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMU
dan sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan urusan kami...

Monday, November 9, 2009

hujan..

ye..ye..hujan...
huhu..
mcm x penah nampak hujan
huhu..teringin nak mandi ujan plak
tp nie kat kolej bukan rumah
huhu...esok exam lak tu.
moge saye n rakan-rakan bleh jawab
dengan tepat n betul n dapat A++
fuhh...tinggi cita2
Ya Allah makbulkan lah doa ku..amin....

Hujan
bestnya
hujan teman saye study...
hehe...40% study tp 60% wat benda ln..hehe
terima kasih ya Allah turun kan hujan
semua dpt manfaat

cakap pasal hujan
teringat kg..
lepas hujan g cari durian di kebun
hehe...banyak durian yg dikutip
pastu mkn durian fresh
nyam3..
Tungu nye ayah ku..
dah abih exam saye teman kutip durian+mkn durian

Tuesday, October 27, 2009

air....mata....

hari yang indah hari ini
walaupun agak stress tp damai
Aku meniti hari ini dengan tenang
Besar sekali anugerah Tuhan
pagi yang sejuk
angin yang bertiup sepoi2 bahasa Malaysia
begitu damai Malaysia
Alhamdulillah ku dilahirkan di sini

Tengah hari yang damai
melayan diri yang agak ngantuk
memanjakan diri dengan tidur
tak sempat nak melelapkan mata sepenuhnya
Azan zohor bekumandang
Sedang asyik menghayati bait2 azan
tetiba hati ku dilanda sesuatu
alamak
kerinduan terhadap ibu ku
jua ayah ku menerjah
ku gagahkan diri untuk bangun menunaikan pangilan yg Esa
Dlam sujudku ku pohon agar mak n pa dilindungi
serta dirahmati..
Terubat sedikit rindu ku
Titisan jernih keluar ekoran rinduya kepada mak n pa
tp oleh kerana UPM yang damai ini diishtiharkan tiada air
maka ku seka air itu dari mengalir...
demi menjimatkan air..
Lagipun membazir itu amalan syaitan..
Satu rahmat Tuhan ditarik bg warga UPM
Air..

Ku syukuri nikmat mu Ya Tuhan
Mengurniakan air kepada kami sebelum ini
Moga dengan ketiadaan air ini
menjadikan kami lebih bersyukur
ramai yang nak turun surau mendapatkan air
dan solat berjemaah bersama imam..

Monday, October 26, 2009

final

http://www.oup.com/uk/orc/bin/0199254680/ch02.pdf


meh membace..
scan betul2...
save dlm memori..
jgn lupe buat backup...
gud luck in exam...

Saturday, October 3, 2009

You should know want you want..,
Sentence from lecturer waste management, Prof Dr Ali Hassan..,
I think back about it, its that i know what I want.??
May be yes and may be no!

Sesetengah orang tahu apa yang dia nak
Tetapi halangan terlalu banyak untuk dia hadapi untuk mendapatkan apa yang dia nak
Sehingga dia keliru apa yang dia nak sebenarnya
Sampai satu tahap dia berputus asa dengan dirinya
keliru, rendah diri, dan sebagainya..

Antara halangan utama ialah kekuatan dan keyakinan
Bagi saya antara sumber kekuatan ilmu yang ada dalam diri kita sendiri
ilmu akan memandu untuk mencari jalan yang benar
sesetengah orang berkata saya tak cukup ilmu
macam mana nak menyampaikan
terdiam saya seketika..memikirkan hal itu
berdasarkan sejarah hidup saya..memang tiada masa yang khusus untuk mendalami ilmu agama
tetapi dengan alasan yang sebegitu rupa
saya rasa macam lain macam sahaja
sesuatu tak kene
---sampaikanlah walau satu ayat---
so saya berazam walau pon ilmu yang saya ada
hanya secetek lopak di tepi jalan
InsyaAllah saya akan berusaha untuk menyampaikan...


bila berkata mengenai keyakinan
tidak dinafikan saya agak takut untuk menyampaikan
memang takut..bukan teragak2 dah...
tapi bila pikir balik
selagi ia berlandaskan Al-Quran dan sunnah
dan bolehlah refer kepada yang lebih arif..takut berguru dengan syaitan pulak..
insyaAllah ia betul..
tak kan nak beramal sorang2 kan
ada satu buku saya baca..x pasti buku yang mana
nak merasa kemanisan beribadat...salah satu cara
amalkan amal makruf nahi mungkar...

bukalah hati sediakan jiwa dan roh mu
sediakan hati mu..



Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri...

selamat Hari RaYa semua...
mintak maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki..
kira 0-0 yer..

raye tahun nie rasa best sangat2222
hehe..tak tau kenapa..
macam x cukup jer cuti seminggu
klu bg setahun pon aku rase x cukup
best sgt duk rumah.. tempat kelahiran kate kan.
macam2 jadi time hari raya..

pagi2 raya lepas sembahyang raya..
sibuk siapkan bju raya..hahaha...bertungkus lumus mak siapkan bju,,,.terima kasih mak
bju lawa n selesa di pakai..lepas tu..kami sekeluarga pergi beraya di kampung mak di selangor,,
puh..penat + kenyang..coz 10 buah rumah kami pergi ziarah...punya banyak saudara mara aku..tu pon x abih lagi..

raya kedua..menanti tetamu datang...sekali datang sampai x muat rumah...hehehe

raya ketiga..pergi beraya ke rumah kawan2 lama...naik moto..on the way balik moto rosak...wawawa..dugaan tambah ngan lawak...hehehe...balik kampung sebalah ayah..
maka berkumpulah generasi arwah hj sulam...hehe..riuh sekampung..

raya ke4- bru balik dr kampung...melayang sepupu2 aku..yang comel2.... husna..

raya ke 5- x ingat wat ape coz banyak sangat aktiviti..hehehe

raya ke6-mengisi masa sebaik mungkin di rumah..coz esok nak balik kolej...wawa...makanan tengah hari special, mak aku masak...walaupon hr2 aku rase special...nasi ingkung..nak tau rase mcm mana jemput datang rumah...sedappppp..

raya ke7- sampailah aku ke kolej nie..sunyi sepi...klu x de test hr isnin aku x balik kolej hr sabtu...huhuhu tp x pe demi ilmu ku sanggup..hehe..janji nak bertolak pukul 10 pagi..oleh sebab sume mcm x redha nak balik bandar kami 4 beradik bertolak 12 tengah hari...hehe...Alhamdulillah selamat sampai...

tahun nie jugak rase ln ckit raya mungkin sebab aku bawak ju balik beraya..cian die nampak penat sangat..harap die bleh merasai makna aidilfitri yang sebenar ..



Monday, September 14, 2009

Friday, September 11, 2009

rumate ku dulu...



no,jah,niza



niza,me,jah

Nie Gambar lama tp tetiba ingat kat die orang..
miss u all a lot
Good luck
be a goOd girl k..

Thursday, September 10, 2009

Masih ada waktu??

Ramadhan dah nak habis
Misi tak selesai lagi
Assignment melambak
Due date dah dekat
Aktiviti kolej bertambah meriah
Test 2 melambai-lambai
Banyak lagi yang belum di telaah
Kelas memanjang
Hati sudah di rumah


Waktu makin terhad
Tidur lambat takut tebabas
Tidur awal assignment tak siap
Badan dah makin penat
Mata makin berat
Dalam kelas macam hebat
Asyik mengangguk faham


Ya Allah, Ya Tuhan
berikan lah aku kekuatan
Menyelusuri kehidupan ini

Seimbangkan dunia dan akhirat....
Buka buku jangan lupa buka Al-Quran
Pergi meeting jangan lupa jumpa Tuhan
Ingat Test 2 jangan lupa Ujian lisan dengan Tuhan
Hati ingat rumah tapi jangan Lupa Tuhan

Tuesday, September 8, 2009

(2:30)
Allah telah memeilih manusia untuk menjadi khalifah.


Di cipta untuk menyampaikan

Melaksanakan amar makruf nahi mungkar

Indahnya ukhwah dalam Islam


Bersabarlah dalam melayari hidup berjuang
Kadang kala kita akan tumpas dalam menegakkan yang benar

Ikhlas kan hati mu menginfakkan diri dalam Islam
pandang akhwatmu dengan kasih sayang
jangan gentar dalam berjuang

Jangan kau jadi perosak agama
Mencampurkan salah dan benar bersama
dan jangan pula sembunyikan kebenaran



Tunaikan segala kewajipan
Berteraskan Al-Quran dan
Sunnah


Saturday, August 29, 2009

Terubat rinduku

Berkanalan dengan mu tika di Matrikulasi memberi seribu erti buatku.
Aku merasa selasa dan bahagia bersama mu.
Kau sentiasa menasihati ku
Membetulkan segala silap salah ku
Aku senang dengan itu

Saat kita berpisah beberapa bulan yang lalu
membuat aku tidak senang duduk
Hati aku gelisah
Hanya doa aku iringkan
Dan aku cuba mencari penganti mu
dalam pada masa yang sama aku cuba mendapatkan mu kembali
Aku tahu ni satu ujian bagiku

Tapi kini kau telah kembali
HAti ku kambali gembira dan tenang
bersama mu
Terima Kasih Ya Allah kerna
mengembalikan dia kembali kepada ku..
aku amat merindui nya
Seperti mana aku merindui
cintaMu

Monday, August 24, 2009

bilal bin rabah

Bilal Bin Rabah
Album : Riwayat Agung
Munsyid : All One
http://liriknasyid.com


SUARA MUAZZIN TERDENGAR
MEMANGGIL INSAN MENYEMBAH ALLAH
SEJENAK TERIMBAU INGATAN
KEPADA INSAN YANG MULIA

DIRIMU HANYALAH SAHAYA
SYAHADAH ITU KEBEBASANMU
DERAPAN KAKIMU TERDENGAR
DI DEPAN RASULMU DI SYURGA

ALUNAN AZANMU TERHENTI
HARI KEWAFATAN KEKASIH TERCINTA
LALU BERDERAILAH TANGISAN
SUARA EMAS TAK TERDENGAR LAGI

KAU BILAL BIN RABAH
CEKAL DAN TABAH
DIPANGGANG DI GURUN YANG PANAS
BIARPUN DIRIMU DIDERA DISIKSA
BIBIRMU TETAP MENYEBUT

ALLAH TUHANKU
ALLAH YANG SATU
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD PESURUH ALLAH

DI BALIK KULITMU YANG HITAM
TERSIMPAN HATI SEPUTIH KAPAS
SUARA AZANMU BERGEMA
ADALAH SILAMMU YANG LUKA
ADALAH BUTIRAN MUTIARA
MENJADI TAULADAN MANUSIA

I LUV this song..nice..

Thursday, August 20, 2009

teng..teng...

Bulan latihan sedang meninggalkan kita.
Penantian kini hampir ke penghujungnya.
Persiapan untuk menghadapinya entah bagaimana?
Tak kan nak bersaing tanpa senjata dan strategi yang hebat.
Walaupun musuh sejati kita tidak turun berlawan.
Pengaruhnya selama 11 bulan amat berbisa.
Walaupun mereka risau gelisah meninggalkan kita.
Kita belum tentu dapat menghilangkan penangannya sebelum ini
Sudahkah kita merancang strategi pelawanan genting bulan hadapan?
Adakah arahan jurulatih kita ikuti?
Adakan stamina kita cukup untuk melipat gandakan usaha untuk memenangi perhatian Juri.
Sanggupkah kita bekorban masa rehat kita semata-mata perlawanan ini??
Meraih kejuaraan di akhir perlawanan ini…??


Bulan Rejab dan Syaaban padang latihan kita. Petarungan di adakan di Bulan Ramadhan. Syawal piala kemenangan kita. Juri Allah SWT dan jurulatih Rasulullah SAW


Jadi salah satu strategi untuk meraih trofi, marilah sama– sama kita sertai Program Ihya’ Ramadhan anjuran SPS. InsyaALLAH

Saturday, August 15, 2009

tErIma KasIh

TERIMA KASIH SAYA NAK UCAPKAN KEPADA
EN PENGURUSAN ESET
MOGE DIRAHMATI OLEH ALLAH..

HEHE...DAH SEMINGGU HILANG N
AKHIRNYA JUMPE KEMBALI
ALHAMDULILLAH...
APA YANG HILANG???...BIAR LAH RAHSIA

MORAL
1. JAGA LAH BARANG ANDA ELOK2
2. BERSABAR DENGAN SEGALA UJIAN YANG MENIMPA
3. HAJAR..THANKSSSSS--NAK CARI KAWAN TIME MCM NIE LA(TIME SUSAH)
4. UJIAN ITU SALAH SATU PENGHAPUS DOSA-MESTI SEBELUM BENDA KITE ITU HILANG AKU BYK BUAT DOSA..HEHE..
5. ADA HIKMAT DISEBALIK KEHILANGAN ITU-MANISNYA BILA MENGETAHUI HIKMAT ITU
6. FAMILY ADALAH ORANG YANG TERDEKAT BAGI KITA--TQ MY BROTHER,MOM N DAD



Thursday, August 13, 2009

aduh...

musim test bermule..
muke sume macam buku
petok jer..

aduh..tak larat nak sambung
tak sihat ckit...

tapi harap sahabat semue..
kite boleh buat yg terbaik
bukan untuk diri kita jer
untuk agama bangsa n negara jugak
fikir degree yang kita dapat macam mana kita nak
manfaatkan untuk agama...
insyaALLAH....

---------^^-^-^^-----^------------------------------xx

Wednesday, August 5, 2009

peNgalaman BarU

Tamat sudah cuti 1 minggu sebab H1N1..
dan 1 pengalaman baru yang aku dapat dari tamat cuti itu
bagi orang lain ia mungkin perkara biasa
tapi bagi saya ia adalah 1 pengalaman baru
iaitu....
balik ke u sendiri menaiki train..hehehe
sebelum ini setiap kali pulang cuti dan balik semula ke u
aku akan di ambil dan di hantar oleh abang kesayangan ku
hehehe

lebih menyeronokan kebanyakkan penumpang juga pelajar u yang sama
dari perjalanan ini juga saya dapat melihat di mana kekuatan orang Islam itu
Umat Islam itu kuat kerana doanya

doa adalah senjata utama bagi umat Islam
segalanya di serahkan kepada Allah
tidak kira hanya sebesar mana perkara itu.
walau hanya berdoa agar bas yang akan dinaiki agar cepat sampai
agar selamat sampai ke destinasi yang dituju
penyerahan kepada Allah melalui doa amat penting

pengalaman saya yang mungkin boleh dikongsi bersama
tentang kekuatan doa
antaranya...
saya ingin mengingati satu perkara yang sering saya lupa dan
akan saya lakukan di masa hadapan
saya pohon kepada Allah
agar saya dapat mengingati nya
Alhamdulillah dengan kuasa Allah
saya dapat mengingati nya
walaupon perkara itu sering saya terlupe

tapi harap tak la lupe nak berdoa

jadi kepada rakan2 mari lah kita berdoa
memohan pertolongan dari Allah
kerna sedarlah kita hanya manusia yang lemah
perlu perlindungan dari Pencinpta yang Esa

Thursday, July 23, 2009

Dari Kak Naimah Untuk Atiqah

Buat tatapan dan renungan akhwatku Atiqah
Muslimat yang lain pon di harap merenung bersama-sama Atiqah...


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya
yang zikirnya menjadi penawar dirinya
tak gentar diacah mehnah duniawi kerna rindukan wangian surgai
dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati..

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahramu.

ATIQAH YANG DIKASIHI.....

Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu di hadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardiah

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang, bercahaya dunia dangan hiasan muslimah solehah sepertimu..

ATIQAH YANG DIKASIHI......

Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca.Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith menjadi sumber rujukanmu.

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

ATIQAH YANG DIKASIHI.......

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah pada mu kerna engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu.....

Moge pesanan dari kak Naimah kepada Atiqah menjadi ingatan untuk melayari hidup...semoge nasihat ini diambil oleh semua insan yang bernama ATIQAH dan muslimat sekelian...amin...


Tuesday, July 21, 2009

JanGan Kau Rugi Sekarang

"Ingat lima perkara sebelum lima perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati"

Berdasarkan pengalaman selama satu tahun di u
lapang sebelum sempit
amat perlu dititik beratkan
tidak kira apa pun
belajar, assignment, exam, dan sebagainye
bila menyebut tentang lapang
amat lah berkait dengan masa
sebagai student di u terlalu banyak perkara yang perlu di kejar
untuk dunia mahupun akhirat
perancangan untuk sem 3 bukanlah boleh dibuat ketika cuti akhir sem 2
tp sebelum kita masuk u lagi
kalau boleh la...
Sedih rasanye jika terpaksa meninggalkan satu program untuk menyertai program lain..tapi apa kan daya kita hanya manusia lemah
Usaha kita perlu dilipat gandakan untuk memenuhi keperluaan kita di dunia n akhirat...
Jangan biarkan dunia kita pegang dan akhirat kita lepaskan
Jika diri kita terasa kurang dari segi ilmu ugama
carilah ilmu...jangan biarkan diri kita terbiar begitu sahaja
Dan jika kita terpilih untuk menghadiri majlis ilmu itu..
bersungguh dan istiqamahkan lah...
kerna mungkin hanya masa yang sedikit yang diberikan oleh Allah
kepada kita akan ditarik balik..
MUngkin selepas ini kita bukan orang yang TERPILIH untuk
menuju ke majlis yang memberi makanan rohani
menambah iman mengubat hati yang luka kerna lalai nya diri kita
Kerna jauhnya kita dr Pencipta.
maka kita adalah orang yang rugi

Sesungguhnya hidayah Allah itu MAHAL harganya
Masa yang diberikanNya tidak boleh dijual beli
kita manusia perlu menghargainya..
memenuhi masa dengan mengingatiNYA



Tuesday, July 7, 2009

Salam Cabaran((((^_^))))

Sem baru dah bermula
semue menjadi baru
azam, tekad ,usaha, dan lain2 termasuk bilik kat hostel nie

Ade orang pesan kat saya
Kat mana2 ade cabaran
Semakin lama kita hidup
Semakin besar cabaran
Klu kita gagal untuk menangani cabaran sekarang
macam mana kita nak pergi masa hadapan dengan baik
Dan sudah pasti semue orang dah tahu akan ini..

Oleh itu saya beazam dan bertekat, InsyaAllah..
Akan diperteguhkan iman, amal, ilmu, ihsan dan segala ape yang rapuh

Saya dah nampak cabaran yang saye perlu lalui dalam sem nie..
Iaitu perbezaan yg amat ketara antara saya dan rakan sebilik saya
Moge saye tidak patah semangat untuk membina untaian ukhwah antara kami..

****Moge ukhwah yang kami bina ***
****Dan biarlah seperti untaian tasbih***
****Ada awal, Tiada penghujungnya***
****Dicippta untuk mengingatiNya***
****Dibahagi untuk cintaNya***
****Diratib demi redhaNya***

Dan salam ukhwah untuk sahabat sekelian
Moge dapat menghadapi cabaran dengan baik
bersama redha Allah

Sunday, March 22, 2009

tQ

terima kasih kat semue
first of course my mak n apak..
hehe...
minggu depan nak balik kampung
dengan abang n kakak ku...
bagusnye macam nie adik beradik duduk dekat2
senang nak balik kampung sesame
tapi kesian saye x pernah balik kampung sendiri
kiranya x pernah berdikari nak balik kampung sendiri
nak wat macam mana dah ade kemudahan balik free ngan abang
x yah susah nak balik naik bas...
x sabar nak balik sebab lepas cuti raye cina yg lepas x pernah nak balik
sayang mak and apak

terima kasih la kat kawan saya
namenye LongJar
die yang suruh tulis
tp ikhlasnya memang nak tulis name die
die memang suke warna hijau
tp paku pakis tu bukan sebab die suke warna hijau
paku pakis tu memang senang nak dapat kat kampung aku
klu pergi pasar beli paku pakis macam pelik jer
itu yang best duduk kampung nak sayur petik jer kat kebun
terima kasih kampung ku