Saturday, October 20, 2012

Hello..Cempaka..


“Helloo..Assalamualaikum walid, walid sihat?”, ceria suara Cempaka di hujung talian. “Waalaikumsalam, walid sihat, Alhamdulillah”, sambut Hj Umar.

“Walid kat mana tu? Tengah buat apa?” petah Cempaka meneruskan perbualan dengan walidnya.

 Sudah menjadi kebiasaannya menelefon walid dan umminya setiap minggu, kadang-kadang sehingga enam hari dalam semiggu dia menelefon walidnya untuk bertanya khabar dan melepaskan rindu. Baginya tidak rugi untuk menghabiskan masa dan wangnya untuk menelefon ummi dan walidnya dengan kerap ditambah pula nasihat-nasihat yang berguna dari kedua ummi dan walidnya sebagai bekalan diri. Bahkan ummi dan walidnyalah yang banyak berkorban untuk dirinya semenjak dari dalam kandungan dan sehingga kini dia mampu berpijak dengan kaki sendiri hidup di dunia kampus yang penuh onak duri. Semuanya adalah hasil didikkan ummi dan walidnya yang mempersiapkan dirinya dengan ilmu agama dan emosi yang kuat. Hatinya juga tenang mengetahui mereka sihat, dia juga tidak lupa untuk mendapat berita tentang kambing, itik, kucing dan ayam dikampung tempat kelahirannya.

Hj Umar tidak segera menjawab pertanyaan anaknya itu, dia membalas dengan mengkhabarkan kematiaan seorang jiran, Mak Cik Kalsom dan juga kenalan ummi dan walidnya. Segera Cempaka melafazkan ..innalillahiwainnailaihirojiun dan menyedekahkan al-fatihah kepada arwah.

 Setahunya arwah masih dalam lingkungan 40an tetapi sudah dijemput Allah, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang bertaqwa.

“Arwah meninggal sebab stroke dan Alhamdulillah semua urusan pengebumian sudah selesai. Ajal maut tak tunggu kita tua, dia dating bila-bila masa sahaja. Jadi sentiasa persiakan diri ini untuk bertemu pencipta kita, jangan asyik nak kejar ijazah saja sampai lupa solat, mengaji, puasa sunat dan yang paling penting zikir sentiasa. Zikir itu simbol cinta kita kepada Allah, jika kita cintakan Allah semakin kerap kita mengingatiNya, dan Dia sesaat pun tak akan lupakan kita ” panjang lebar nasihat Hj Umar kepada Cempaka.

Cempaka mengangguk perlahan, walau dia tahu walidnya tidak nampak akan perbuataannya. Cempaka berjanji akan mengikuti nasihat walidnya sebelum memutuskan panggilan telefon. Segera dia teringat seorang pegawai yang ditugaskan untuk membantu pelajar-palajar di makmalnya mesra dipanggil Kak Mira yang memaklumkan kematian bayi Kak Ita, rakan sejawatnya, yang berusia tujuh hari. Benar kematian itu tidak mengenal usia. Hatinya merasa sayu dan gerun, risau jika dia dijemput tanpa membuat apa-apa persediaan pun untuk berjumpa denganNya.


"Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata, pada suatu hari, beliau datang berjumpa Rasulullah saw dan ketika itu Baginda sedang berada di tengah-tengah sahabatnya yang terkemuka.Tiba-tiba salah seorang sahabat dari golongan Ansar berdiri dan bertanya kepada Baginda:

 “Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?”

Lalu Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang banyak bekal untuk menghadapi mati."


"Seorang wanita mengadu tentang kekerasan hatinya kepada Aisyah RA, lalu beliau berkata: ”Siapa yang banyak mengingati mati akan lembut hatinya."


Wednesday, October 17, 2012

Carian baru

Terasa sesak di dada, kepalanya buntu memikirkan di mana silapnya. Cempaka bingkas bangun dari kerusi putih yang didudukinya sejak pagi tadi lalu menuju ke bilik pelajar yang menempatkan pelajar pascasiswazah yang lain. Di kerusi itulah dia tekun menjalankan ujikaji untuk projek Master di sebuah universiti di Utara Malaysia.

Cempaka melepaskan nafas berat di hadapan komputer ribanya. Laju jarinya menaip di carian jariangan maya. Menaip tajuk  ujikajinya, membaca beberapa hasil tulisan penyelidik lain yang membuat ujikaji dan analisis yang hampir sama. Tetapi masih samar jawapan yang dicari. Dia termenung seketika, merehatkan otak barang kali sambil melayan lagu yang dimainkan oleh rakan seperjuangnya di komputer ribanya. 

Beberapa ketika Cempaka menggeliat dan kembali kepada komputer ribanya . Segera di membuat carian baru lalu membuka sebuah blog. Pantas saja jari remarinya menari-nari di atas keyboard. Rakannya Melur sejak tadi melihat keletah Cempaka hanya tersenyum dan cuba mengusiknya kerana terlalu tekun menaip, tetapi hanya dibalas dengan senyuman dan tidak mengendahkan usikkannya. 

Usai menaip, Cempaka bangun dan bergerak menuju kembali ke meja makmalnya, sambil tersenyum dan bermonolong dalam hati, "Yes!! aku dah update blog...hahaha".


Motif: Menghilangkan stress, sebab tu tajuk takde kene mengene ngan entri..hahaha