Cempaka melepaskan nafas berat di hadapan komputer ribanya. Laju jarinya menaip di carian jariangan maya. Menaip tajuk ujikajinya, membaca beberapa hasil tulisan penyelidik lain yang membuat ujikaji dan analisis yang hampir sama. Tetapi masih samar jawapan yang dicari. Dia termenung seketika, merehatkan otak barang kali sambil melayan lagu yang dimainkan oleh rakan seperjuangnya di komputer ribanya.
Beberapa ketika Cempaka menggeliat dan kembali kepada komputer ribanya . Segera di membuat carian baru lalu membuka sebuah blog. Pantas saja jari remarinya menari-nari di atas keyboard. Rakannya Melur sejak tadi melihat keletah Cempaka hanya tersenyum dan cuba mengusiknya kerana terlalu tekun menaip, tetapi hanya dibalas dengan senyuman dan tidak mengendahkan usikkannya.
Usai menaip, Cempaka bangun dan bergerak menuju kembali ke meja makmalnya, sambil tersenyum dan bermonolong dalam hati, "Yes!! aku dah update blog...hahaha".
Motif: Menghilangkan stress, sebab tu tajuk takde kene mengene ngan entri..hahaha
No comments:
Post a Comment