Saturday, June 25, 2011

Merepek jer!!

Assalamualaikum..

Malam nie terasa stress semacam..jiwa kacau..hati x tenteram..kenapakah..
merenung memikirkan apa yang berlaku hingga terjadinya begini..huhuhu

Oh..rupa-rupanya tinggal lg seminggu dpt stay kat umah..upm da panggil sy ke sana..sayang sungguh upm kat saya kan..Emm...kalau boleh nak bina upm sebelah umah jer..kan bagus..x yah g jauh2..(gedik... perak ngan serdang x jauh mane pon..lain la sabah ngan serdang)

Belum tinggalkan rumah lagi dah rasa rindu kat rumah..x macam kawan saya nie..xcited dan berkobar-kobar mcm jalur gemilang ditiup angin..

Lepas da masuk upm nanti xde la aktiviti yang menyeronokan lagi menerujakan (<---betulkah perkataan nie???) seperti..tido SECUKUPNYA, main masak2, pancing2 ikan, aktiviti menjadi anak solehah (cewahhh..) dll..and no more loving kiss everyday from my mom (makluman sy juga anak bapak)..


Dah2 sila menjadi lebih dewasa....

Serius sy mmg x nak tinggal kan rumah nie..walau x la sehebat banglo dato'2 tu..tapi bagi sy its the best...

Tuesday, June 21, 2011

Oh Tidak!!!


2 minggu berbaki..
1 apa pun belum ditiliki
1/2 ilmu saja berbaki
0 dengan apa yang bakal dilalui





Monday, June 20, 2011

Segi


Lama tak bertandang
Terbair kaku tanpa bicara
Aku hanya menjengah
Tapi..
Tiada titipan baru yang ada
Akhirnya blog ini bagai alam maya yang tiada penendalinya

Bukan tiada bicara yang mahu dikongsikan
Tapi bicara putus di tengah jalan
Membawa diri kehaluan alam maya yang tiada sempadan

Inilah akibatnya jika
tiada perancangan
tiada ketetapan
Yang menjadi tunjang kepada kejayaan
Semua haluan perlu dirancang
Bukan sekadar hentam keromo saja
Akar perancangan adalah buah kejayaan
Manakan tidak
Sekadar lukisan berbentuk tiga segi perlukan
perancangan untuk melukisnya
Takut-takut empat segi yang jadinya

Ya
kita mampu merancang
Yang menentukan Pencipta manusia
bukanya kita
Tapi Dia mengigatkan kita
bahawa tidak berubah sesuatu itu jika tiada usaha