Monday, June 20, 2011

Segi


Lama tak bertandang
Terbair kaku tanpa bicara
Aku hanya menjengah
Tapi..
Tiada titipan baru yang ada
Akhirnya blog ini bagai alam maya yang tiada penendalinya

Bukan tiada bicara yang mahu dikongsikan
Tapi bicara putus di tengah jalan
Membawa diri kehaluan alam maya yang tiada sempadan

Inilah akibatnya jika
tiada perancangan
tiada ketetapan
Yang menjadi tunjang kepada kejayaan
Semua haluan perlu dirancang
Bukan sekadar hentam keromo saja
Akar perancangan adalah buah kejayaan
Manakan tidak
Sekadar lukisan berbentuk tiga segi perlukan
perancangan untuk melukisnya
Takut-takut empat segi yang jadinya

Ya
kita mampu merancang
Yang menentukan Pencipta manusia
bukanya kita
Tapi Dia mengigatkan kita
bahawa tidak berubah sesuatu itu jika tiada usaha


No comments: