Wednesday, November 23, 2011

angan papan hitam

ok aim nak pergi ke UPM pukul 9.30 pagi

8.30 pagi jemur kain

8.45 siap jemur kain meneruskan aktiviti menyeterika baju
ok pasang tv lah..nak tengok berita pasal bola (tersenyum lebar mengenangkan harimau malaya MENANG...suka yang penalti terakhir =)

9.00 mane ade berita pasal bola sekarang ini..bergegas mandi

9.20 mengenakan pakaian yang telah diiron tadi
telinga dan mata tertarik pada tv kembali..
ehh..cerita barbie la..(baru teringat cuti sekolah dah bermula)

9.30 masih di hadapan tv..

9.45 sms masuk.."salam, Kah ko kat mane?"
aku menjawab "Kat umah abg ak..tgok katun..hehehe, tapi tengah bersiap nak pergi la nie" (ayat cover)

10.30 baru bertolak pergi ke UPM dengan kecewa sebab cerita barbie tu x habis lagi

habis angan2 nak datang pukul 9.30 pagi hari ni dek kerana cerita kartun yg sweet. =(


masih berangan2 kau di bangku sekolah..baik HENTI kan lah..sekarang papan hitam kat zaman sekolah dulu pon dah tak nampak..atau dah pupus!!

No comments: