Sunday, December 19, 2010

sebelum bye2

Tahun 2010 mahu cakap bye2

at_ikah_ah ade misi2 bukan menyelamat sebelum 2010 kate bye2

1.Mahu dapatkan 2 barang yang dicari2 selama ini..<--da dapat bru bg tau apakah ia..jeng2

2. Mahu menukar enjin labtop dari kuasa siput ke kuasa rimau..<--masa loading akan dikurangkan

3.Surat cinta untuk papa adam..eh bukan surat tapi buku cinta.<---misi paling pening..=(

4.Menjadi dewasa selepas 24/12/2010<--at_ikah_ah masih x sedar diri walau kubur kata mari umah kate pergi..(Owh ngeri..)

5. fyp tak nak cite<---merajuk dengan bakteria2 tu sebab x produce lipase walau dpt depa dengar lagu 'baik2 sayang'

6. Kenduri kesyukuran utk fathul 24/12/2010<--merengek-rengek mintak mak buat untuk at_ikah_ah sekali..

7. misi2 yg bertaraf sulit dan persendirian

Motif untuk menulis misi yang x penting untuk orang lain

1. untuk update blog

2.nak tengok bleh x at_ikah_ah nie menyempurnakan misi2nya selepas 2010 kate bye2

3.nak tengok gak apa yang dah at_ikah_ah buat dan akan buat selama 1 tahun di alam 2010

4. dah baca tlg la doakan misi2 at_ikah_ah nie berjaya

Sunday, December 12, 2010

lagu kecik-kecik

"apabila jasmani..
memerlukan makanan..
maka rohani pun..
perlukan bimbingan.."

teringat lagu ni..selalu dengar masa kecik-kecik dulu..
mempunyai maksud mendalam dan mendamaikan

apa yang menyebabkan lagu ini menyanyi di fikiran apabila jasmani ini tidak menjamah nasi selama 2 hari..yang dijamah hanyalah fast food dan sumber2 glukosa yang mudah dimakan..
ini akibat terlalu asyik menyiapkan fyp mungkin+ food court berhampiran tutup+ malas yang melampau untuk keluar merempit membeli makanan+ lesen dan ic tertinggal kat rumah, jadi pergerakan sedikit dibataskan..PATI sementara..

Tapi kebuntuan tidak menjamah nasi selama 2 hari diungkai dengan merajinkan diri untuk masak nasi dan goreng telur+ikan bilis..wonderful dinner i think..just like at my home..simple and tasty..nasib baik asal dari ceruk kampung..jadi selera tak la besar menggunung tinggi..apa-apa yang pun boleh makan..janji halal..(Bila dah dapat makan nasi terus bersemagat)

akibat nasi tidak masuk perut selama 2 hari..(anak bapak, tak boleh kalau x makan nasi)
badan jadi kurang bermaya dan emosi tidak sihat seperti selalu..
maklumlah hidup selalu senang..makan cukup tiap hari..tapi bila dah sumber makanan berkurang macam tak dapat makan berbulan-bulan walau cuma 2 hari je..
kesian dekat orang yang memang sumber untuk jasmaninya sentiasa tidak mencukupi, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..Alhamdulillah walau pun tak makan nasi 2 hari tapi rezeki selain nasi tetap ada..kalau kita merasa kurang dengan apa yang kita ada tengoklah orang yang lebih kurang dari kita.untuk melatih kita bersyukur..tapi dalam bab ibadah jangan dipraktikkan..

Bab jasmani yang kurang makan boleh lagi tidak diambil peduli..
Tapi bila rohani dah merengek-rengek mintak santapan perlu, mesti, wajib, diambil peduli..
Bimbing rohani kita dengan
1. jaga solat 5 waktu
2.baca novel tapi al-quran jangan tinggal
3.beribu-ribu lirik lagu ko nyayi tapi bermilion-milion zikir kamu dendangkan
4.alang2 x dapat makan nasi baik puasa sunat terus
5.kalau dah terlebih kaya sedekah2 lah kat orang yang jasmaninya tak dapat makan
6.tanya dekat orang yg soleh/solehan..

Tuesday, December 7, 2010

cerita ibu-ibu


Salam Maal Hijrah..
Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya
dan amalan kita yang tahun lepas tu diterima
Nak mintak maaf kalau salah dan silap kepada semua2
0-0 yer..bukak buku baru...

27/11/2010 yang lalu
saya naik pangkat serta merta..alhamdulillah..
tak sangka..ingat dapat naik pangkat dalam bulan 12 tapi terawal pulak..
hehe..welcome..welcome..to my 1st nephew..
Tadaaaa..comel kan..
Disebabkan baby nie saya dapat pangkat mak cik.
Nama baby ni Muhammad Fathul Afiq bin Muhammad Faizal Fahmi
panjang kan...nanti penat anak sedara saya nie nak tulis nama dia...

Lepas ummi Fathul melahirkan dia
saya jaga sekejab ummi dia kat hospital serdang..
sempat jugak sembang dengan mak cik2 dan bakal2 ibu kat situ pasal bab2 bersalin dan baby
muka wat selamba bajet faham..nasib baik belajar biology sebelum ni..klu x..hang di situ

kat katil sebelah ummi dia ada seorang bakal ibu.
yang sakit dari pagi sampai petang tapi baby tak keluar2 lagi..
Mak kepada bakal ibu tu cakap, bakal ibu nie da keluar darah tapi bukaan rahim tak sampai 5cm pun..kembar darah katanya..sakit punya level tak payah cerita...

Ada seorang lagi bakal ibu depan katil ummi fathul ni
Asyik menangis jer..sebab ada contraction dari pagi sampai kemalam.. tapi bukaan baru 2cm...pergghh mesti sakit..huhu..macam mana la mak2 kita time nak melahirkan kita..menanggung sakit yang tak terhingga..saya sayang mak saya...

Thumbs up jugak kat bakal ayah kat situ..sanggup temankan wife dia dan tunggu kat luar labor room tu lama2...memang lama...saya sempat masuk lab wat fyp ...
Yang paling best tengok muka ayah2 kat situ yang berseri2 lagi teruja bila baby dan wife dia selamat..termasuk abang saya..

*moge baby fathul membesar dengan baik, sihat..menjadi muhammad fathul afiq yang soleh, bijak, cemerlang dunia akhirat

Friday, November 19, 2010

Monolog dalaman

A: tok..tok..Assalamualaikum

B: Waalaikumsalam

A:Awak sihat hari ini..

B:Macam tak berapa nak sihat

A:Kenapa..? Dah makan..

B:Dah..tapi mungkin makanan tu x cukup berkhasiat

A:Kenapa pula x cukup berkhasiat...?

B: Mungkin cara penyediaan tak cukup bagus, masak pon cincai..asal ada rasa dan boleh makan ..oklah tu..

A: Owh begitu..Dah makan ubat.?

B: Dah..tapi makan ubat pun x ikut peraturan..kalau makan antibiotik kene habiskan..nie x..rasa macam dah baik sikit..stop makan..

A: Janganlah macam tu..konsisten makan ubat tu..makanan tu pon kene jaga..jangan sambil lewa je..kan dah jadi macam ini..Ubat dah disediakan dan makanan yang elok2 dah tersedia. ambik dan amalkan dengan bersungguh dan istiqamah yer...

B:InsyaAllah..selalu ingatkan saya yer..

Wednesday, November 10, 2010

mane tajuk untuk entri kali ini..

Esok saya ada peperiksaan akhir semester 1 2010/2011
MTH3003-statistik
MyEm0.Com

yang kira-kira banyak-banyak nombor tu...
yang formula bersepah-sepah
yang guna kalkulator saintifik jadi..dah memang tak boleh congak dah...
setelah sekian lama meninggalkan bidang kira-kira
terkial-kial rasanya nak menjawab soalan tu..

MyEm0.Com

Untuk memotivasikan diri
saya teringat zaman muda-muda dulu..zaman tadika dulu
saya dapat 100% dalam ujian ilmu hisab
dan masa sekolah rendah dulu, ada gred 'A' untuk ujian ilmu hisab ni dalam buku rekodku.
so insyaAllah..tak mustahil saya dapat 100% dalam ilmu kira-kira ni.
asal ada usaha, insyaAllah ada sinar 100% tu..
MyEm0.Com

tinggi cita-cita..
MyEm0.Com


Doa dan harapan saya
moga mak ayah saya sihat dan sentiasa dalam rahmatNya di rumah
begitu juga setiap ahli keluarga saya
dan semua umat Nabi Muhammad SAW

Dan moga esok saya dan semua rakan-rakan saya yang mengambil ilmu kira-kira ni
boleh menjawab dengan tepat dan betul dalam masa yang diberikan.
Moga kejayaan sentiasa bersama kami semua..

MyEm0.Com

Tuesday, October 12, 2010

(-_-)

Di mana dia
Selalu mengejutkan ku setiap pagi..
pagi ini sunyi tanpa jeritannya
Hati ku luluh sedih
Meratapi kehilangannya..

Sesungguhnya tiada apa buat ku
Semua yang kumiliki adalah pinjaman..
Terima kasih ya Allah kerana meminjamkannya kepada ku..
Engkau mengambilnya mungkin itu terbaik untukku
Mengingatkatkan aku bahawa aku hanya hamba
Lemah tak berdaya

Wednesday, October 6, 2010

Daun itu memujukku

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”.(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Gelisah, tension, serabut, runsing, kucar kacir..
Nak jadi tenang ??
Alllah ada bagi ubatnya
UBATNYA = selalu mengingati Allah, zikir, doa, qiam dll

Mendapat title student final year..
Bukan satu yang mudah..
Hati gundah, banyak kerja, tension dll
Diri ini pun termasuk juga..
Diri bagai lost..
Memujuk diri sendiri dengan hijaunya daun, indahnya bunga, langit yang luas, udara yang nyaman, rezeki yang halal, pengaduan yang panjang...

Satu perkara ditunjukkan kepada ku oleh Allah
Saat aku ketawa, ada orang yang hanya mampu tersenyun
Saat aku tersenyum, ada yang menangis,
Saat aku menangis ada orang yang lebih derita